Minggu Keusahawan Sedunia (Global Entrepreneurship Week - GEW) merupakan acara tahunan yang dijalankan sepanjang bulan November di lebih 70 buah Negara termasuk Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Pakistan dan lain-lain. Banyak aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan baru, perkongsian pengalaman bersama usahawan jaya serta membina rangkaian usahawan-usahawan secara global. Usaha murni ini turut dilihat oleh kerajaan
Kali ini, GEW Malaysia di peringkat PID akan membawakan pendekatan yang berbeza dari pelaksanaan tahun lepas di mana keutamaan diberikan dalam mewujudkan rangkaian usahawan secara global dengan menggunakan teklonologi yang sedia ada. Program kali ini akan lebih dikenali sebagai ‘PID Entrepreneurship Fair 2009’ dengan matlamat utamanya untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahir dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan masyarakat
Di PID Selama, terdapat beberapa aktiviti yang telah dirangka yang akan dijalankan sepanjang PID Entrepreneurship 2009 bermula 16 - 23 November 2009. Antara aktiviti yang telah dirangka ialah:
- Aktiviti Jualan
- Pertandingan Menaip Paling Pantas
- Kelas Asas Komputer
- IT Fun Day
- Program Melentur Buluh
- Bengkel Power Point
- Pertandingan Membuat Power Point
- Bengkel Word dan Paint
- Pertandingan Mencipta Poster
No comments:
Post a Comment