Friday, December 4, 2009

Program Melentur Buluh

Tarikh : 16 November 2009

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : Tabika Perpaduan Taman Sri Selama

Anjuran Bersama :
  • Tabika Perpaduan Taman Sri Selama
  • KRT Jalan Menteri
  • PID Selama

Aktiviti 8- GEW (Melentur Buluh)


Program ini diadakan selepas beberapa perbincangan dengan guru Tabika Perpaduan Taman Sri Selama. Program ini dinamakan Melentur Buluh kerana ianya melibatkan kanak-kanak Tabika yang berumur 5 dan 6 tahun.





























Program ini dimulakan dengan pengenalan kepada komputer kepada kanak-kanak tersebut dalam kumpulan-kumpulan kecil. Kanak-kanak Tabika ini diberi peluang untuk mengenali komputer secara lebih dekat. Ada sesetengah kanak-kanak ini sudah biasa menggunakan komputer, tapi masih juga ada yang takut pada tetikus.

Dalam program ini, kanak-kanak diberikan penerangan mengenai apa itu komputer, apa yang terdapat di dalam komputer, dan apa yang kite boleh lakukan dengan komputer.

























































Kemudian, kanak-kanak Tabika dalam kumpulan yang kecil ini diberi peluang untuk mencuba menggunakan papan kekunci dan tetikus. Di sini kita dapat melihat ada sesetengah kanak-kanak begitu berani dan teruja untuk mencuba. Tetapi ada juga yang terlalu takut dan menganggap papan kekunci dan tetikus adalah satu ancaman kepada mereka. Itulah bergunamya program Melentur Buluh ini.

Kanak-kanak ini di beri peluang untuk menaipkan nama sendiri di Microsoft Office Word dan diberi sedikit gambaran di MS Paint. Selain daripada itu, kanak-kanak ini juga berpeluang melihat sudut menarik dalam komputer iaitu 'game' yang terdapat dalam komputer. Melalui pengenalan 'game' ini, kita dapat lihat kanak-kanak yang takut tadi juga sudah mula berani dan berminat untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang komputer.


































'








Selepas penerangan dalam kumpulan-kumpulan kecil, kanak-kanak Tabika ini dikumpulkan beramai-ramai. Guru Tabika juga diberikan sedikit penerangan mengenai kepentigan IT dalam kehidupan sekarang. Guru Tabika juga diberi peluang untuk melihat sendiri kebolehan kanak-kanak ini. Selain itu, Guru Tabika juga digalakkan bersama-sama mengajar kanak-kanak Tabika di dalam program ini.

Untuk menambah keseronokan mereka, kuiz kecil IT diberikan semasa pengumpulan beramai-ramai. Setiap kanak-kanak diberikan gula-gula dan kanak-kanak yang dapat menjawab beberapa soalan kuiz pula diberikan batch GEW 2009.















Gambar kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Sri Selama dan Guru mereka.















Pengurus PID Selama bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Sri Selama yang menyertai program ini.

Program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kanak-kanak Tabika. Di atas sambutan ini mungkin PID Selama dan Tabika Perpaduan Taman Sri Selama boleh berganding bahu lagi untuk mengadakan program seperti ini.

No comments:

Post a Comment