Tuesday, December 8, 2009

Bengkel MS Power Point

Tarikh : 19 November 2009

Masa : 8.30 Pagi hingga 1.00 Tengahari

Tempat: PID Selama

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Aktiviti 11- GEW (Bengkel Microsoft Office Power Point)














peserta-peserta yang terlibat















sessi membuat latihan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office PowerPoint kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah. Penyertaan adalah terhad kerana keluasan PID dan peralatan yang agak terhad.

Bengkel ini dimulakan dengan pengenalan mengenai Microsoft Office PowerPoint kepada peserta. Kemudian peserta juga diberi peluang untuk melihat contoh-contoh Microsoft Office PowerPoint yang pernah dihasilkan oleh pelatih-pelatih di PID Selama. Peserta juga diterangkan kegunaan Microsoft Office PowerPoint dan kelebihannya ketika melakukan pembentangan.

Bengkel ini diteruskan dengan langkah-langkah untuk menghasilkan sebuah persembahan PowerPoint. Peserta diberikan langkah dari mula hingga terhasil sebuah persembahan PowerPoint. Selain itu, peserta juga diberi beberapa tip untuk menghasilkan satu persembahan PowerPoint yang baik. Peserta juga diberi tip untuk menghasilkan sebuah persembahan Powerpoint yang kreatif.

Kemudian, peserta diberi peluang untuk mencuba menggunakan PowerPoint.















peserta-peserta mencuba membuat PowerPoint

Aktiviti 12- GEW (Pertandingan Mencipta Power Point)
Kemudian, selepas peserta mula memahami dan mampu untuk menghasilakan PowerPoint, peserta diberi satu tugasan untuk menyertai Pertandingan menghasilkan PowerPoint. Bagi memudahkan peserta, pertandingan diaadakan dalam kumpulan. Satu kumpulan terdapat 2 peserta. Setiap kumpulan perlu menghasilkan sebuah Powerpoint mengikut apa yang telah diberikan.















peserta-peserta cuba membuat PowerPoint yang paling kreatif















kumpulan ini cuba memasukkan design yang terdapat dalam PowerPoint















peserta kumpulan ini melihat pembentangan PowerPoint yang telah mereka hasilkan




















kumpulan ini cuba mencari 'design' yang menarik untuk digunakan




















Gambar sebelum balik. Para peserta yang berjaya menyertai dan menghabiskan Bengkel PowerPoint ini dengan jayanya.

Daripada bengkel ini kita dapat melihat ada antara peserta yang mampu dan kurang mampu untuk menggunakan komputer. Bengkel ini adalah salah satu aktiviti yang sering dijalankan di PID Selama.

Sunday, December 6, 2009

Bengkel MS Word

Tarikh : 18 November 2009

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : Pusat Internet Desa (PID) Selama

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Aktiviti 9- GEW (Bengkel Microsoft Office Word)

Bengkel MS Word ini selalu diadakan kerana ini adalah pelajaran paling asas dalam komputer yang perlu di ajar kepada pelajar-pelajar sekolah. Bengkel kali ini dihadiri oleh 6 pelajar yang mendaftarkan diri untuk menyertai bengkel ini.





























Bengkel ini dimulakan dengan pengenalan mengenai MS Word dan kegunaanya. Kemudian para peserta diberikan penerangan mengenai penggunaan MS Word. Seterusnya, peserta diberikan latihan untuk menggunakan MS Word. Antara perkara yang di ajar ialah:
  • Ikon-ikon di Toolbar
  • WordArt
  • ClipArt
  • Autoshape
  • Table
Aktiviti 10- GEW (Pertandingan Membuat Poster 1 Malaysia)

Selepas para peserta siapkan latihan mereka dan memahami penggunaan MS Word, mereka diminta untuk menghasilkan satu poster menggunakan MS Word dengan bertemakan 1 Malaysia.

Para peserta boleh menghasilkan secara individu atau pun dalam kumpulan dengan maksimum hanya 2 orang satu kumpulan. Pertandingan ini adalah untuk menilai kefahaman mereka dalam menggunakan MS Word yang pada pemikiran mereka hanya untuk menaip sahaja.


































Para peserta memberi kerjasama yang sangat baik ketika menyertai bengkel ini. Tetapi masa yang agak terhad, banyak benda lagi yang tidak dapat diterangkan secara terperinci.






























Gambar kesemua peserta yang menyertai bengkel ini. Para peserta disediakan makanan dan minuman untuk setiap bengkel yang dijalankan di PID Selama.

Friday, December 4, 2009

Program Melentur Buluh

Tarikh : 16 November 2009

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : Tabika Perpaduan Taman Sri Selama

Anjuran Bersama :
  • Tabika Perpaduan Taman Sri Selama
  • KRT Jalan Menteri
  • PID Selama

Aktiviti 8- GEW (Melentur Buluh)


Program ini diadakan selepas beberapa perbincangan dengan guru Tabika Perpaduan Taman Sri Selama. Program ini dinamakan Melentur Buluh kerana ianya melibatkan kanak-kanak Tabika yang berumur 5 dan 6 tahun.





























Program ini dimulakan dengan pengenalan kepada komputer kepada kanak-kanak tersebut dalam kumpulan-kumpulan kecil. Kanak-kanak Tabika ini diberi peluang untuk mengenali komputer secara lebih dekat. Ada sesetengah kanak-kanak ini sudah biasa menggunakan komputer, tapi masih juga ada yang takut pada tetikus.

Dalam program ini, kanak-kanak diberikan penerangan mengenai apa itu komputer, apa yang terdapat di dalam komputer, dan apa yang kite boleh lakukan dengan komputer.

























































Kemudian, kanak-kanak Tabika dalam kumpulan yang kecil ini diberi peluang untuk mencuba menggunakan papan kekunci dan tetikus. Di sini kita dapat melihat ada sesetengah kanak-kanak begitu berani dan teruja untuk mencuba. Tetapi ada juga yang terlalu takut dan menganggap papan kekunci dan tetikus adalah satu ancaman kepada mereka. Itulah bergunamya program Melentur Buluh ini.

Kanak-kanak ini di beri peluang untuk menaipkan nama sendiri di Microsoft Office Word dan diberi sedikit gambaran di MS Paint. Selain daripada itu, kanak-kanak ini juga berpeluang melihat sudut menarik dalam komputer iaitu 'game' yang terdapat dalam komputer. Melalui pengenalan 'game' ini, kita dapat lihat kanak-kanak yang takut tadi juga sudah mula berani dan berminat untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang komputer.


































'








Selepas penerangan dalam kumpulan-kumpulan kecil, kanak-kanak Tabika ini dikumpulkan beramai-ramai. Guru Tabika juga diberikan sedikit penerangan mengenai kepentigan IT dalam kehidupan sekarang. Guru Tabika juga diberi peluang untuk melihat sendiri kebolehan kanak-kanak ini. Selain itu, Guru Tabika juga digalakkan bersama-sama mengajar kanak-kanak Tabika di dalam program ini.

Untuk menambah keseronokan mereka, kuiz kecil IT diberikan semasa pengumpulan beramai-ramai. Setiap kanak-kanak diberikan gula-gula dan kanak-kanak yang dapat menjawab beberapa soalan kuiz pula diberikan batch GEW 2009.















Gambar kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Sri Selama dan Guru mereka.















Pengurus PID Selama bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Sri Selama yang menyertai program ini.

Program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kanak-kanak Tabika. Di atas sambutan ini mungkin PID Selama dan Tabika Perpaduan Taman Sri Selama boleh berganding bahu lagi untuk mengadakan program seperti ini.

Thursday, December 3, 2009

IT Fun Day

Tarikh : 13 November 2009

Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang

Tempat : PID Selama

Program : IT Fun Day


Program ini dijadualkan pada hari yang telah dinyatakan. Terdapat ramai peserta yang menyatakan keinginan untuk menyertai program ini. Tetapi saat-saat akhir, hanya 4 peserta sahaja yang dapat menyertai program tersebut. Walaupun hanya terdapat 4 peserta sahaja, program ini tetap diteruskan bagi menghargai peserta yang hadir.

Program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada peserta bahawa komputer juga terdapat bahagian-bahagian yang menarik selain daripada bahagian-bahagian penting dalam komputer. Langkag ini dapat memahirkan para peserta dalam menggunakan komputer dan juga membuat para peserta lebih mesra dengan penggunaan komputer.


Aktiviti 5- GEW (Menggunakan Kalkulator Komputer)















Antara bahagian yang dapat menarik minat para peserta ialah kalkulator komputer.

Para peserta diperkenalkan dengan kalkulator komputer yang boleh digunakan oleh para peserta untuk mengira.




















Aktiviti ini dapat mengenalkan bahagia-bahagian lain dalam komputer yang boleh digunakan oleh para peserta selain Microsoft Office dan Internet.















Dalam aktiviti ini, peserta diberikan satu set salinan soalan kira-kira. Para peserta diminta untuk mengira soalan-soalan itu menggunakan kalkulator komputer.

Aktiviti 6- GEW (Mengenali dan Bermain 'Game')















Selain belajar asas komputer, peserta didedahkan dengan beberapa 'Game' komputer yang mudah. Pendedahan ini dapat membuka minda para peserta dan menambah minat mereka untuk mengenali komputer. Aktiviti ini dijalankan untuk memberi peluang kepada para peserta meringankan fikiran mereka daripada hanya menerima pelajaran yang berat-berat sahaja.

Antara 'game' komputer mudah yang diperkenalkan kepada para peserta ialah :
  • game Winlinez
  • game Zuma
  • game Pinball
Para peserta diberi peluang untuk mencuba game yang diperkenalkan kepada mereka.

Aktiviti 7- GEW (Mengenali Microsoft Office Publisher)

Aktiviti mengenali MS Publisher adalah salah satu lagi aktiviti yang dapat menarik minat para peserta dengan komputer. Melalui MS Publisher para peserta bebas untuk menzahirkan kretiviti mereka.















Para peserta diberi keterangan mengenai pengenalan MS Publisher. Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang melihat antara perkara yang dapat dihasilkan daripada MS Publisher. Kemudian, para peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan apa-apa sahaja yang mereka kehendaki menggunakan MS Publisher.

Di sini kita dapat lihat aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan kreativiti mereka sepenuhnya tanpa takut untuk menggunakan komputer.





























Program IT Fun Day ini berakhir pada jam 2.00 petang. Para peserta berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Wednesday, December 2, 2009

Kursus Asas Komputer Bersama Belia Felda Ijok

Aktiviti 4- GEW
(Kursus Asas Komputer Bersama Belia Felda Ijok)


Tarikh : 31 Oktober 2009 hingga 1 November 2009

Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Dewan Serbaguna Felda Ijok, Selama Perak

An juran Bersama :
  • PID Selama
  • Angkatan Belia dan Beliawanis Selama
  • Persatuan Belia Felda Ijok
  • AJK Felda Ijok

Program ini dijalankan di atas inisiatif pihak Felda untuk memperkenalkan Komputer kepada penduduk Felda. Atas jemputan, PID Selama dan Angkatan Belia dan Beliawanis Selama turut serta memeriahkan program tesebut.















Program ini dijalankan selama 2 hari. Peserta-peserta adalah terdiri daripada semua golongan dan adalah penduduk setempat. Tujuan utama adalah untuk merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar.















Pelatih ditugaskan untuk memperkenalkan asas komputer kepada penduduk setempat. Selain daripada itu, peserta-peserta juga dapat mencuba menggunakan komputer dengan mempelajari Microsoft Office Word.





























Terdapat beberapa kumpulan peserta dan setiap kumpulan dibekalkan dengan sebuah komputer untuk digunakan. Program ini mendapat sambutan yang baik di mana bukan sahaja remaja atau belia yang memenuhi dewan, tetapi terdapat juga golongan wanita dan warga emas yang berminat untuk memperlajari komputer.






























Peserta secara amnya dapat mengenali komputer dengan lebih dekat. Mereka juga sudah mula dapat menggunakan Microsoft Ofiice Word dengan lebih baik.





























Program ini dijalankan dari pagi hingga petang, peserta diberi rehat dari jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang. Jangka masa ini mampu memberi banyak ilmu kepada peserta-peserta yang hadir.

Peserta-peserta juga berharap agar program seperti ini kerap dijalankan agar mereka boleh seiring dengan dunia IT kini.

Tuesday, December 1, 2009

Karnival Komuniti dan Kedai.com..

pada 24 Oktober 2009, semua PID di Perak telah menyertai satu karnival Komuniti dan Kedai.Com. Terdapat 5 PID seluruh Perak turut bersama memeriahkan karnival tersebut. Antara PID tersebut ialah, PID Langkap, PID Parit, PID Kuala Kurau, PID Tanjung Malim dan juga tidak ketinggalan PID Selama.

5 PID Perak ini perlu menguruskan satu booth untuk menjalankan aktiviti untuk penduduk setempak yang hadir pada karnival tersebut.















Ini adalah antara pengurus dan penolong pengurus yang hadir.


Semasa Karnival ini dijalankan, di booth PID, terdapat banyak aktiviti yang diadakan untuk pengunjung-pengunjung booth PID. Setiap PID menjalankan lebih kurang 2 atau 3 aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
  • Jualan air dan makanan
  • Jualan dan promosi produk tempatan
  • Pertandingan menaip paling pantas
  • Pertandingan membuat logo 1 Malaysia menggunakan MS Paint
  • Pertandingan mengira menggunakan kalkulator komputer
  • Pertandingan bermain game Winlinez
  • Meneka Gula-gula
  • Membuat muka paling hodoh
  • Pertandingan Makan dan Minum paling cepat
  • Permainan Antara 2 benua
PID Selama menguruskan:
  • Jualan air dan makanan
  • Jualan dan promosi produk tempatan
  • Pertandingan menaip paling pantas, dan
  • Permainan antara 2 benua
Bagi aktiviti jualan dan pertandingan menaip, ini adalah 2 aktiviti GEW 2009 yang dijalankan sempena karnival tersebut.

Aktiviti 1- GEW (Jualan Air dan Makanan)






























Aktiviti jualan ini dijalankan di depan booth PID. Antara menu yang dijual di sini ialah:
  • Air Anggur
  • Air Oren
  • Air Mineral
  • Jeli Kelapa
  • Jeli Laici
  • Jambu Batu
  • Kek Coklat
  • Kek Pisang
Sambutan adalah sangat menggalakkan. Semua minuman dan makanan adalah di bawa dan disediakan sendiri oleh pengurus dan penolong pengurus yang hadir.


Aktiviti 2- GEW (Jualan dan Promosi Produk Tempatan)

Jualan dan promosi ini turut berjalan di booth PID. Ada PID yang membawa beberapa produk tempatan dari tempat mereka untuk tujuan pameran dan promosi. Antara produk tempatan yang dibawa ialah:
  • Telur Masin dari PID Kuala Kurau
  • Baja dan Racun dari PID Parit
  • Kek Mini Coklat dan Pisang dari PID Langkap
  • Jeli Kelapa dari PID Selama
  • Jeli Laici dari PID Parit

Aktiviti 3- GEW (Pertandingan Menaip Paling Pantas)
































Aktiviti ini dijalankan menggunakan komputer riba yang dibawa oleh pengurus dan penolong pengurus setiap PID. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan komputer ini mendapat sambutan paling menggalakkan. Ini menunjukkan ramai anak muda sudah mula celik IT dan tidak takut lagi pada tetikus.




















Selepas semua aktiviti pertandingan dijalankan, Majlis penyampaian hadiah secara kecil-kecilan diadakan. Ini bagi tujuan menghargai semua peserta yang menyertai aktiviti dan menaikkan semangat peserta dan menambah minat mereka pada IT.

Selain daripada aktiviti tersebut, PID Selama juga turut mengadakan satu aktiviti ringan untuk menarik pengunjung-pengunjung di karvival tersebut untuk mengunjungi booth PID. Aktiviti tersebut dipanggil permainan antara 2 benua. Permainan ini memerlukan para peserta untuk memisahkan 2 besi yang bercantum dengan cara yang betul. Permainan ini dapat menarik ramai peserta yang ingin mencuba.

kesimpulannya, karnival ini memberi kami satu pengalaman yang baru di mana kelompok kecil kami mampu untuk bersama-sama menjayakan karnival sebesar karnival komuniti dan kedai.com itu.

PID ENTREPRENEURSHIP FAIR 2009

Minggu Keusahawan Sedunia (Global Entrepreneurship Week - GEW) merupakan acara tahunan yang dijalankan sepanjang bulan November di lebih 70 buah Negara termasuk Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Pakistan dan lain-lain. Banyak aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan baru, perkongsian pengalaman bersama usahawan jaya serta membina rangkaian usahawan-usahawan secara global. Usaha murni ini turut dilihat oleh kerajaan Malaysia untuk membantu usahawan-usahawan desa agar dapat mempromosikan produk-produk tempatan ke pasaran global dengan mewujudkan satu rangkaian usahawan baik di dalam Malaysia mahupun di luar Negara.


Kali ini, GEW Malaysia di peringkat PID akan membawakan pendekatan yang berbeza dari pelaksanaan tahun lepas di mana keutamaan diberikan dalam mewujudkan rangkaian usahawan secara global dengan menggunakan teklonologi yang sedia ada. Program kali ini akan lebih dikenali sebagai ‘PID Entrepreneurship Fair 2009’ dengan matlamat utamanya untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahir dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.


Di PID Selama, terdapat beberapa aktiviti yang telah dirangka yang akan dijalankan sepanjang PID Entrepreneurship 2009 bermula 16 - 23 November 2009. Antara aktiviti yang telah dirangka ialah:

  • Aktiviti Jualan
  • Pertandingan Menaip Paling Pantas
  • Kelas Asas Komputer
  • IT Fun Day
  • Program Melentur Buluh
  • Bengkel Power Point
  • Pertandingan Membuat Power Point
  • Bengkel Word dan Paint
  • Pertandingan Mencipta Poster
Ada antara aktiviti ini telah dijalankan lebih awal bagi memudahkan peserta-peserta yang terlibat. Semua aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama yang baik dari para peserta.

Monday, November 23, 2009

logo...











logo PID....









logo kementerian baru...
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN












logo kementerian lama....
KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI...

KUSS...

KELAB USAHAWAN SOSIAL SELAMA (KUSS)

Kelab Usahawan Sosial Selama(KUSS) telah ditubuhkan pada 11 Julai 2008.

1. Pengenalan

Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau Social Entrepreneurs Club (SE Club)adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa(PID). Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersil dan sosial.

2. Objektif Kelab Usahawan Sosial

  • Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka.
  • Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial.
  • Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial.
  • Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.

3. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti untuk menjadi ahli kelab terdiri daripada:

  • Pengguna PID
  • Usahawan sedia ada
  • Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersil dan usahawan sosial
  • Ahli-ahli dari badan-badan sukarelawan.

4. Faedah - faedah Ahli Kelab Usahawan Sosial

  • Mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana .
  • Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia .
  • Diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID seperti faks dan percetakan .
  • Keahlian PID secara percuma.

PID Selama

Pusat Internet Desa (PID) Selama telah memulakan operasinya pada tanggal 3 November 2003. Terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Selama, penubuhan PID Selama seperti juga PID lain di seluruh negara adalah bertujuan merapatkan ‘jurang digital’ antara penduduk bandar dan luar Bandar. Dengan adanya PID Selama, penduduk-penduduk Selama khasnya dapat menikmati pelbagai kemudahan ICT yang disediakan di sini secara percuma. PID Selama ditadbir oleh seorang Pengurus dan seorang Penolong Pengurus. Antara perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Desa ialah :
  • Kelas Asas Komputer
  • Melayari internet
  • Penggunaan komputer
  • Cetakan (printing) hitam/berwarna
  • Mengimbas (scan)
  • Jualan disket dan CD
  • Upah menaip


Siapakah yang layak menggunakan perkhidmatan di PID..??

- Semua penduduk Selama yang berumur 18 tahun ke atas adalah dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan di PID. Kelas juga dibuka untuk pelajar sekolah Menengah yang berumur 13 tahun dan ke atas.

Waktu Operasi

  • 8:30 pagi - 5:30 petang
  • Isnin - Jumaat

Yuran Pendaftaran

· Tiada yuran pendaftaran dikenakan bermula April 2008, dimana semenjak PID dibuka RM 5 dikenakan bagi setiap pendaftaran. Bagi setiap pengguna baru bermula April 2008, yuran tidak dikenakan, tetapi pembayaran dikenakan bagi setiap jam yang digunakan. Bagi Kelas Komputer pula, RM 30 dikenakan bagi setiap pelatih untuk semua kursus asas computer dan internet. Jangka masa kursus pula bergantung kepada setiap pelatih.
















Papan tanda PID Selama terletak di hadapan banguna PID Selama















Pintu masuk PID Selama















Bengkel Warga Emas yang diadakan di PID Selama















Bahagian dalam PID Selama















Penggunaan Komputer oleh penduduk setempat di PID Selama.