Monday, November 23, 2009

logo...











logo PID....









logo kementerian baru...
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN












logo kementerian lama....
KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI...

KUSS...

KELAB USAHAWAN SOSIAL SELAMA (KUSS)

Kelab Usahawan Sosial Selama(KUSS) telah ditubuhkan pada 11 Julai 2008.

1. Pengenalan

Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau Social Entrepreneurs Club (SE Club)adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa(PID). Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersil dan sosial.

2. Objektif Kelab Usahawan Sosial

  • Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka.
  • Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial.
  • Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial.
  • Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.

3. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti untuk menjadi ahli kelab terdiri daripada:

  • Pengguna PID
  • Usahawan sedia ada
  • Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersil dan usahawan sosial
  • Ahli-ahli dari badan-badan sukarelawan.

4. Faedah - faedah Ahli Kelab Usahawan Sosial

  • Mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana .
  • Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia .
  • Diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID seperti faks dan percetakan .
  • Keahlian PID secara percuma.

PID Selama

Pusat Internet Desa (PID) Selama telah memulakan operasinya pada tanggal 3 November 2003. Terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Selama, penubuhan PID Selama seperti juga PID lain di seluruh negara adalah bertujuan merapatkan ‘jurang digital’ antara penduduk bandar dan luar Bandar. Dengan adanya PID Selama, penduduk-penduduk Selama khasnya dapat menikmati pelbagai kemudahan ICT yang disediakan di sini secara percuma. PID Selama ditadbir oleh seorang Pengurus dan seorang Penolong Pengurus. Antara perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Desa ialah :
  • Kelas Asas Komputer
  • Melayari internet
  • Penggunaan komputer
  • Cetakan (printing) hitam/berwarna
  • Mengimbas (scan)
  • Jualan disket dan CD
  • Upah menaip


Siapakah yang layak menggunakan perkhidmatan di PID..??

- Semua penduduk Selama yang berumur 18 tahun ke atas adalah dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan di PID. Kelas juga dibuka untuk pelajar sekolah Menengah yang berumur 13 tahun dan ke atas.

Waktu Operasi

  • 8:30 pagi - 5:30 petang
  • Isnin - Jumaat

Yuran Pendaftaran

· Tiada yuran pendaftaran dikenakan bermula April 2008, dimana semenjak PID dibuka RM 5 dikenakan bagi setiap pendaftaran. Bagi setiap pengguna baru bermula April 2008, yuran tidak dikenakan, tetapi pembayaran dikenakan bagi setiap jam yang digunakan. Bagi Kelas Komputer pula, RM 30 dikenakan bagi setiap pelatih untuk semua kursus asas computer dan internet. Jangka masa kursus pula bergantung kepada setiap pelatih.
















Papan tanda PID Selama terletak di hadapan banguna PID Selama















Pintu masuk PID Selama















Bengkel Warga Emas yang diadakan di PID Selama















Bahagian dalam PID Selama















Penggunaan Komputer oleh penduduk setempat di PID Selama.

Di mana SELAMA...??
















  • Sejarah

Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22.1.1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.

Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kg. Sg. Bayor. Kampung ini didiami oleh orang - orang Melayu keturunan Pattani.Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kg. Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kg. Gudang, kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.

Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan. Setelah hasil bijih timah merosot, maka Encik Abdul Karim menyerah Kg. Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pihak Inggeris dibangunkan dan dimajukan seterusnya.Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1890 dan dikebumikan di perkuburan berhampiran Masjid Lama Selama.

















Selama merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di utara Negeri Perak kira-kira 124 km dari Bandaraya Ipoh. Keluasan Daerah Kecil Selama ialah kira-kira 74,591.77 hektar atau 745.92 km persegi iaitu 35.82% dari keluasan Daerah larut matang dan Selama.